Monday, March 30, 2009

HMT329 Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa pada Papan Tanda

Selain itu, kami juga melakukan pengamatan terhadap papan tanda yang mempunyai kesalahan dari segi penggunaan bahasa. Antara kesalahan tersebut yang telah kami temui ialah:
i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”










ii. “Di larang masuk” adalah tergolong di dalam kesalahan penggunaan “di” yang sepatutnya dirapatkan dengan kata kerja larang dan sepatutnya ditulis dengan “Dilarang masuk”.









iii. “Rumahapi”. Ejaan pada kata ini adalah salah kerana sepatutnya rumah perlu dijarakkan dengan api iaitu “Rumah api”.






iv. “Disebelah gudang”. Di sini terdapat kesalahan penggunaan “di” iaitu “di” di dalam kata ini perlu dijarakkan dengan “sebelah” menjadi “di sebelah gudang” kerana sebelah menunjukkan kata nama dan perlu dijarakkan dengan “di”.






v. “Di-larang meletak basikel2”. Kata “di-larang” adalah salah dari segi ejaan iaitu sepatutnya kata “di” dan “larang” adalah dirapatkan dan bukannya diletakkan tanda sempang untuk menjadi kata kerja “dilarang”.









disediakan oleh,
5. Husna binti Hasan
17. Nur Najwa Hanim binti A.Rani
20. Oo Yun Kean

Sunday, March 29, 2009

HMT 329 : Pengamatan di Gurney

Daripada pengamatan kami di Gurney:
1) Kedai pertama yang kami kunjungi ialah kedai telefon bimbit. Kami telah menanyakan beberapa soalan kepada pemilik kedai tersebut yang berbangsa Cina. Hasil kajian tersebut kami mendapati informan tersebut telah menggunakan pencapuran kod di dalam berkomunikasi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Antara contoh ayat yang dituturkan di dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ialah:
i. Pengkaji : How much is it?
Informan: Depend on diamonds
ii. Pengkaji : Berapa pula harga yang ini?
Informan: Bergantung ikut model
Yang dah siap punya kita jual lain.

2) Kedai kedua yang telah kami kunjungi ialah kedai baju yang dimiliki oleh seorang wanita yang berbangsa Cina. Daripada pengamatan kami beliau amat fasih berbahasa Mandarin kerana beliau berkomunikasi di dalam bahasa Mandarin dengan kami iaitu apabila salah seorang daripada kami menanyakan soalan kepada beliau di dalam bahasa Mandarin. Walaupun kami juga mendengar perbualan tersebut namun, beliau tidak cuba menggunakan bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu ketika berkomunikasi dengan kami. Antara soalan yang ditanyakan kepada beliau ialah:
i. Pengkaji : Ada saiz yang lebih besar tak?
ii. Informan : Tak ada cuma ada di situ sahaja (Dalam bahasa Mandarin)
iii. Pengkaji : Berapa harga?
iv. Informan : Semua 158 kecuali yang warna putih tu 179. (Dalam bahasa Mandarin)

3) Kedai ketiga yang kami kunjungi ialah kedai menjual barangan silver. Hasil daripada pengamatan kami, pemilik kedai tersebut yang berbangsa Cina tidak fasih berbahasa Inggeris. Buktinya, apabila kami menanyakan beliau dengan menggunakan bahasa Inggeris, beliau hanya menjawap dengan ringkas. Antara soalan yang kami tanyakan ialah:
i. Pengkaji : Is it silver?
ii. Informan : Yes.
iii. Pengkaji : No discount?
iv. Informan : No.

4) Informan kami yang keempat pula ialah seorang pengunjung Plaza Gurney, iaitu seorang wanita Melayu yang berumur dalam lingkungan 40-an. Daripada pengamatan kami, didapati bahawa terdapat percampuran kod dalam bahasa yang digunakan oleh informan ini. Buktinya, apabila kami menanyakan beliau dalam bahasa Inggeris, beliau menjawapnya dalam bahasa Melayu, dan terdapat sedikit penggunaan bahasa Inggeris. Buktinya dapat dilihat dalam petikan perbualan di bawah:
i. Pengkaji : Excuse me, do you know where is the baju kurung shop?
ii. Informan : Baju kurung? Kat sini tak dak baju kurung. Kat sini orang tak pakai
baju kurung, kat sini orang pakai skirt je.
iii. Pengkaji : So don’t have baju kurung here?
iv. Informan : You try la tengok kat third floor.
v. Pengkaji : Ok, thank you.

5) Kedai yang seterusnya kami kunjungi ialah pasaraya Parkson. Informan yang kami temubual ialah seorang pengawal keselamatan berbangsa India. Beliau merupakan seorang lelaki yang berusia lingkungan 40-an. Melalui temubual tersebut, kami mendapati bahawa informan ini tidak fasih berbangsa Inggeris. Buktinya, apabila kami bertanya sesuatu kepada beliau dengan menggunakan bahasa Inggeris, beliau kelihatan agak sukar untuk memberikan jawapan. Beliau hanya menggunakan bahasa Melayu untuk menjawap pertanyaan kami. Antara soalan yang ditanyakan kepada beliau ialah:
i. Pengkaji : Excuse me, where is the stationary department?
ii. Informan : (beliau hanya diam sebentar, dan kemudian mengulang pertanyaan kami) Stationary?
iii. Pengkaji : Yes, stationary.
iv. Informan : (Beliau diam lagi, dan kemudian bertanyakan kepada seorang jurujual lain dan kemudian menjawap dalam bahasa Melayu ) Sebelah sana.
v. Pengkaji : Thank you.

6). Seterusnya, kami bertanyakan soalan di kaunter pertanyaan. Informan kami terdiri daripada dua orang wanita berbangsa India yang berumur dalam lingkungan 30-an. Daripada perbualan tersebut, didapati bahawa kedua-dua informan ini fasih berbahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa Tamil. Buktinya dapat dilihat dalam petikan perbualan di bawah:
i. Pengkaji : Excuse me, where is the food court?
ii. Informan A: Food court? At the basement.
iii. Pengkaji : Ada banyak pilihan makanan tak?
iv. Informan B: Ada banyak. Macam-macam lah.
v. Pengkaji : Sedap tak?
vi. Informan B: Kat sini, semuanya sedap.
vii. Pengkaji : How about the price?
ix. Informan A: The price, ok la..
x. Informan B: (berkata sesuatu kepada informan A dalam bahasa Tamil, dan kemudian bercakap dalam bahasa Melayu kepada kami) Price kat sini ok lah. Kalau you nak compare dengan tempat lain, kat sini ok lah. Tapi kalau you nak murah, you pi McD lah. Only six ringgit, you can get burger, French fries, and soft drink also.
xi. Pengkaji: Ok, thank you.