Thursday, February 12, 2009

ungkapan selamat tahun baru cina

Selamat Tahun Baru Cina


gōng xǐ fā cāi (Bahasa Mandarin)
gēong hì hùak cāi (Bahasa Teochew)
gēong hì hùat cāi (Bahasa Hokkien)
gūng hī fàt chōi (Bahasa Hakkha)
gōng héi fǎt chǒi ( Bahasa Cantonese)

Thursday, February 5, 2009

perbandingan konsep milik atau punya antara bahasa Mandarin, dialek Hakkha dan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor










3. Choo Hooi Lean
5. Husna Hasan

1.0 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, punya beerti mempunyai iaitu ada, memiliki, dan kepunyaan iaitu sesuatu yang dimiliki, hak, milik (2002: 1072). Milik pula beerti kepunyaan, hak (2002: 89). Maka, konsep milik juga disebut sebagai konsep punya. Esei ini akan membandingkan konsep milik atau punya bagi bahasa Mandarin, dialek Hakkha yang digunakan oleh Choo Hooi Lean dengan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor yang digunakan oleh Husna Hasan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui konsep milik atau punya bagi ketiga-tiga bahasa.

2.0 Analisis Konsep Milik

Bagi bahasa Mandarin, konsep milik biasanya ditunjukkan dengan kata ‘de’ dan akan muncul selepas kata ganti nama. Begitu juga dengan dialek hakkha, iaitu kata ‘ei’. Namun, di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor konsep milik hadir sebelum kata ganti nama. Contoh ayat dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor ialah ‘buku saya’ manakala bagi bahasa Mandarin iaitu ‘wo de shu’ dan dialek Hakkha ialah ‘ngai ei shu’.



Bagi bahasa Mandarin, konsep milik ditunjukkan dengan kata ‘de’ yang hadir selepas kata ganti nama ‘wo’. Keadaan ini juga bersamaan dengan dialek Hakkha iaitu kata ‘ei’ yang hadir selepas kata ganti nama ‘ngai’ yang membawa maksud saya. Namun konsep milik bagi dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor adalah sebaliknya kerana konsep milik hadir sebelum kata ganti nama ‘saya’ dan konsep milik tidak ditunjukkan oleh sebarang kata berbanding bahasa Mandarin dan dialek Hakkha yang ditunjukkan melalui kata seperti kata ‘ei’ dan ‘de’ yang membawa maksud punya.

Walau bagaimanapun, dalam bahasa Mandarin, kata yang menunjukkan konsep milik, iaitu ‘de’ boleh digugurkan mengikut penggunaan kesantunan bahasa. Misalnya, dalam frasa ‘wo de jia’ yang membawa maksud rumah saya. Dalam frasa ‘wo de jia’ ini, kata ‘de’ yang menunjukkan konsep milik sebenarnya boleh digugurkan menjadi ‘wo jia’. Contoh dalam ayat ialah seperti berikut:





Bagi contoh dua dan tiga, dengan jelasnya konsep milik hadir selepas kata ganti nama dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha yang menunjukkan bahawa konsep milik hadir selepas kata pemilik. Contonya, ‘wo de yi fu ang zang le’, kata ‘de’ yang menunjukkan punya hadir selepas kata ganti nama ‘wo’ yang menunjukkan pemilik bagi ‘yi fu’ yang bermaksud baju. Berbanding dengan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor, konsep milik hadir sebelum kata ganti nama seperti ‘baju aku dah kotor’. Kata ‘baju’ hadir sebelum pemilik iaitu ‘aku’.

Bagi penggunaan kata jamak, konsep milik di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor tidak berubah dalam struktur ayatnya. Contohnya, 'baju-baju aku dah buruk'. Dapat dilihat di sini bahawa konsep milik tetap hadir sebelum kata ganti nama 'saya' dan tidak ditunjukkan dengan sebarang kata lain iaitu tiada kata tambahan yang menunjukkan konsep jamak dan hanya ada gandaan kata sahaja. Bagi bahasa Mandarin dan dialek Hakkha, konsep milik tetap hadir selepas kata ganti nama. Namun, terdapat penambahan kata untuk menunjukkan kata jamak. Contohnya, di dalam ayat 'wo de hen_hua yi_fu jiu le' <> 'saya punya banyak baju buruk sudah' dalam bahasa Mandarin dan 'ngai ei ho_do sam fai liao' <> 'saya punya banyak baju buruk sudah' di dalam dialek Hakkha yang bermaksud baju-baju saya sudah buruk di dalam bahasa baku. Melalui contoh ayat ini, di dapati bahawa di dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha mempunyai kata tambahan iaitu 'banyak' dalam ayat bagi menunjukkan kata jamak dalam konsep milik iaitu 'hen_dua' <> 'banyak' dalam bahasa Mandarin dan 'ho_do' <> 'banyak' dalam dialek Hakkha.

Selain itu, terdapat juga kata sendi nama ‘kepada’ di dalam ungkapan kata yang mempunyai konsep milik. Contohnya, di dalam bahasa Mandarin konsep milik yang terdapat kata sendi nama ‘kepada’ dapat ditunjukkan dalam penggunaan nama seperti Choo Hooi Lean <> Hooi Lean ialah anak kepada keluarga Choo. Bagi ayat ini, Choo menunjukkan nama keluarga, manakala Hooi Lean menunjukkan Hooi Lean ialah anak kepada keluarga Choo. Hal ini sama dengan dialek Hakkha. Oleh itu, bagi bahasa Mandarin dan dialek Hakkha tidak terdapat apa-apa kata yang menunjukkan kata sendi nama ‘kepada’ di dalam konsep milik dalam penggunaan nama. Di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor pula, tidak terdapat kata sendi nama ‘kepada’ bagi menunjukkan konsep milik anak dalam penggunaan nama tetapi terdapat kata ‘binti’ bagi menunjukkan kata sendi nama ‘kepada’ dalam penggunaan nama. Contohnya, Husna binti Hasan <> Husna ialah anak kepada Hasan.

Dari segi hukum DM pula iaitu konsep diterangkan dan menerangkan, terdapat perbezaan di antara bahasa Mandarin dan dialek Hakkha dengan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor. Contohnya, di dalam bahasa Mandarin, wo de che <> saya punya kereta, dialek Hakkha ialah ngai ei cha <> saya punya kereta dan dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor ialah kete aku <> kereta saya. Daripada contoh frasa tersebut, di dapati bahawa bahasa Mandarin dan dialek Hakkha tidak menepati hukum DM di dalam konsep milik kerana kata yang menunjukkan hukum ‘menerangkan’ iaitu wo <> saya di dalam bahasa Mandarin dan ngai <> saya di dalam dialek Hakkha hadir dahulu sebelum kata yang menunjukkan hukum ‘diterangkan’ di dalam konsep milik bagi frasa tersebut. Namun, di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor, frasa yang ditunjukkan menepati hukum DM iaitu hukum ‘diterangkan’ hadir sebelum hukum ‘menerangkan’ iaitu ‘kete’ ialah hukum ‘diterangkan’ dan ‘aku’ ialah hukum ‘menerangkan’.

Seterusnya, di dalam konsep milik terdapat pengguguran yang berlaku di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor iaitu bagi kata ‘punya’ untuk menunjukkan konsep milik. Namun, di dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha tidak terdapat pengguguran bagi kata ‘punya’ untuk menunjukkan konsep milik. Contohnya, wo de che <> saya punya kereta dan dialek Hakkha iaitu ngai ei cha <> saya punya kereta. Berdasarkan contoh ini, kata ‘punya’ dikekalkan di dalam bahasa Mandarin dan dialek Hakkha untuk menunjukkan konsep milik tetapi di dalam dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor, terdapat pengguguran kata ‘punya’ untuk menunjukkan konsep milik. Contohnya, kete aku <> kereta saya. Di sini dapat dilihat bahawa tiada kata ‘punya’ bagi menunjukkan konsep milik. Hal ini dapat ditunjukkan dalam rumus ini, kereta kepada saya <> saya punya kereta (bahasa Mandarin dan dialek Hakkha) = kete Ø aku (dialek Melayu Selatan di Tanjong Karang Selangor).

3.0 Penutup

Daripada kajian ini, didapati bahawa konsep milik bagi bahasa Mandarin dan dialek Hakkha adalah sama, iaitu konsep milik hadir selepas kata ganti nama manakala konsep milik hadir sebelum kata ganti nama dalam dialek Melayu Selatan dan bahasa Melayu baku.

Wednesday, February 4, 2009

HMT 329: MEET UNCLE HUSSIEN

Meet Uncle Hussien: Lagu Untukmu

Kami membuat analisis konstrastif terhadap lirik lagu ini menggunakan aspek semantik.

Lagu ini membawa maksud tiada apa-apa juga perkara yang dapat mengubati hati penulis lirik yang telah dilukai. Luka itu menyebabkan penulis berkeadaan seperti seseorang yang lumpuh dan tidak mampu berdiri. Penulis juga menyatakan bahawa beliau tidak akan berubah, daripada dirinya yang sebenar walaupun hati kekasih penulis bukan untuknya.

Penulis menyatakan bahawa pasangannya bahagia namun pemikiran antara mereka berbeza, yang menyebabkan hati mereka tidak mungkin bersatu.

Seterusnya, penulis mempersoalkan tentang bandingan dirinya dengan boneka yang selalu dimainkan dan dikawal oleh kekasihnya. Penulis menegaskan bahawa dirinya juga mempunyai hati dan perasaan dan menanyakan kepada pasangannya adakah dirinya pernah difikirkan. Penulis menyatakan bahawa cukuplah segala yang telah dilakukan oleh pasangannya.

Penulis juga tidak memahami dan tidak dapat melayan sikap pasangannya yang merupakan seorang gadis. Penulis menegaskan bahawa beliau dan pasangannya berbeza. Penulis ingin dibebaskan dan dilepaskan kerana mereka tidak sehaluan. Bagi penulis, cukuplah setakat di sini sahaja hubungan mereka berdua.

5. Husna Hasan
17. Nur Najwa Hanim A.Rani