Monday, March 30, 2009

HMT329 Kesalahan dalam Penggunaan Bahasa pada Papan Tanda

Selain itu, kami juga melakukan pengamatan terhadap papan tanda yang mempunyai kesalahan dari segi penggunaan bahasa. Antara kesalahan tersebut yang telah kami temui ialah:
i. “Konsortium Bas Ekspress” yang sepatutnya adalah “Bas Ekspress Konsortium.”










ii. “Di larang masuk” adalah tergolong di dalam kesalahan penggunaan “di” yang sepatutnya dirapatkan dengan kata kerja larang dan sepatutnya ditulis dengan “Dilarang masuk”.









iii. “Rumahapi”. Ejaan pada kata ini adalah salah kerana sepatutnya rumah perlu dijarakkan dengan api iaitu “Rumah api”.






iv. “Disebelah gudang”. Di sini terdapat kesalahan penggunaan “di” iaitu “di” di dalam kata ini perlu dijarakkan dengan “sebelah” menjadi “di sebelah gudang” kerana sebelah menunjukkan kata nama dan perlu dijarakkan dengan “di”.






v. “Di-larang meletak basikel2”. Kata “di-larang” adalah salah dari segi ejaan iaitu sepatutnya kata “di” dan “larang” adalah dirapatkan dan bukannya diletakkan tanda sempang untuk menjadi kata kerja “dilarang”.









disediakan oleh,
5. Husna binti Hasan
17. Nur Najwa Hanim binti A.Rani
20. Oo Yun Kean

1 comment:

  1. Tuan/puan perlu memaklumkan kepada Jabatan Laut dan pihak-pihak berwajib atau tak ada tindakan juga hantar ke akhbar.
    Terima kasih kerana prihatin....

    ReplyDelete