Thursday, January 8, 2009

Dialek Melayu Selatan <> Bahasa Melayu Standard

1) bapak aku dah saen surat tanah tadi
bapa saya sudah menandatangani surat perjanjian tanah tadi

2) pak gad jage pintu USM sampai pukol 12 malam
pengawal keselamatan menjaga pintu USM hingga pukul 12 malam

3) Perdana Menteri dah turunkan harge minyak pagi tadi
Perdana Menteri telah menurunkan harga minyak pagi tadi

4) mak aku asek beli baju baru je kat kedai tu
emak saya selalu membeli baju baru di kedai itu

5) bapak suruh aku makan buah tiap hari
bapa menyuruh saya makan buah setiap hari

6) cikgu Ramli baru je balik haji semalam petang
cikgu Ramli baru sahaja pulang dari menunaikan haji semalam petang

7) kedai mas yang baru bukak tu jual mas murah
kedai emas yang baru dibuka itu menjual emas dengan harga yang murah

8) kitorang kene naek due bas kalau nak balik kampung
kami perlu menaiki dua buah bas jika mahu pulang ke kampung

9) aku tak suke die sebab die selalu tipu aku
saya tidak suka dia kerana dia selalu menipu saya

10) aku tengok budak USM suke balik malam-malam ngan balak
saya perhatikan pelajar USM suka pulang lewat malam dengan teman lelaki
dieorang
mereka

No comments:

Post a Comment