Wednesday, January 14, 2009

HMT 329: KEPENTINGAN TIDUR


Setiap manusia memerlukan tidur yang mencukupi pada setiap hari. Hal ini kerana tidur adalah untuk merehatkan badan dan minda. Tidur yang cukup adalah penting untuk menjamin kesihatan seseorang. Jika seseorang itu tidak dapat tidur dengan cukup, pelbagai kesan negatif akan timbul, seperti kemurungan, tidak bermaya, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap aktiviti harian, dan boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan diri. Hal ini juga berlaku kepada saya, apabila saya tidur lewat untuk menyiapkan tugasan, saya akan berasa amat letih pada keesokan harinya, terutamanya ketika kelas bermula seawal 8.00 pagi. Selain itu, emosi saya juga terganggu. Buktinya, saya menjadi seorang yang murung ketika berada di dalam kelas, dan cepat marah.
Tidur yang cukup juga amat penting dalam menjamin sistem imunisasi badan. Jika manusia tidak mendapat tidur yang cukup, sistem imunisasi akan terganggu dan mudah mendapat penyakit, contohnya, apabila saya sering tidur lewat, badan saya akan menjadi lemah, dan mudah mendapat selesema serta demam.
Semasa tidur, sel-sel badan akan berehat dan memperbaiki strukturnya. Oleh itu, manusia perlu mendapat tidur yang cukup bagi memastikan sel-sel badan dapat berfungsi dengan baik. Tidur yang cukup juga mempengaruhi kadar pengeluaran hormon oleh seseorang.
Gangguan tidur terjadi apabila seseorang tidak mendapat tidur yang mencukupi seperti pelajar kolej dan seseorang yang sentiasa terjaga pada waktu malam. Gangguan tidur yang kronik selalu terjadi ke atas individu yang berada dalam bidang kerja yang melibatkan jangka masa yang panjang, tanggungjawab yang pelbagai dan penyakit yang berkaitan dengan tidur. Kesan daripada gangguan tidur akan menyebabkan penyakir merbahaya seperti diabetes, obesity dan penyakit jantung.
Jika seseorang berasa segar dan sihat selepas bangun daripada tidur itu tandanya dia mendapat tidur yang cukup. Masa tidur yang cukup adalah berbeza mengikut peringkat umur.

5. husna

17. najwa



No comments:

Post a Comment