Wednesday, January 14, 2009

HMT 329: FAIZAL TAHIR DAN NOORKHIRIAH

Ahmad Faizal Mohd Tahir
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke:
pandu arah, gelintar
Faizal Tahir

Latar belakang
Nama lahir
Ahmad Faizal bin Mohammad Tahir
Lahir
26 Oktober 1978 (umur 30)
Asal
Malaysia
Genre
Rock, Balada (dulu nasyid)
Pekerjaan
Penyanyi, penulis lagu
Tahun aktif
2004-kini
Label
Monkey Bone Records (2006-kini)
Kegiatan berkaitan
Suki Low, Alif Satar
Faizal Tahir ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula dikenali setelah menjadi naib juara musim pertama rancangan realiti One in a Million. Beliau merupakan bekas ahli kumpulan nasyid, Mirwana, dan beliau juga seorang pengacara televisyen. Faizal bernaung di bawah pengurusan The 8 Unit.
Biografi
Mirwana
Faizal pernah menyertai kumpulan
nasyid Mirwana, tetapi meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2005 kerana sakit. Namun begitu, beliau telah kembali ke persada seni tanah air dengan memilih genre pop-rock sebagai genre lagu nyanyiannya.
One In A Million
Sepanjang pertandingan, Faizal mendendangkan:
Chariot –
Gavin DeGraw (Top 20)
I Don’t Wanna Be –
Gavin DeGraw (Top 12)
With A Little Help From My Friends –
Joe Cocker (Top 10)
Are You Gonna Be My Girl –
Jet (Top 9)
L.O.V.E.-
Ashlee Simpson (Top 8)
Warisan Wanita Terakhir –
Teacher's Pet (Top 7)
Elevation -
U2 (Top 6)
Superstition -
Stevie Wonder (Top 6)
Superman -
Five for Fighting (Top 5)
Raikan Cinta – M. Nasir (Top 5)
Have a Nice Day -
Bon Jovi (Top 4)
Bohemian Rhapsody -
kumpulan Queen (duet dengan Deja Voodoo Spells) (Top 4)
Save Me -
Remy Zero (Top 3)
Kenangan Terindah -
kumpulan Samsons (Top 3)
Maha Karya Cinta - Original composition (Grand Finale)
Medley of We Will Rock You, L.O.V.E. dan I Don't Wanna Be -
Queen, Ashlee Simpson dan Gavin DeGraw (Grand Finale)
Pada permulaan persembahan Grand Finale,
Marion Caunter dan Awal Ashaari mengumumkan bahawa Faizal meraih undian paling rendah dalam kalangan tiga finalis yang bertanding, namun beliau telah diberi satu lagi peluang untuk bertanding merebut hadiah utama. Single asli pertama beliau, iaitu Mahakarya Cinta gubahan Audi Mok, dipersembahkan buat julung kalinya di Grand Finale One In a Million dan persembahan beliau telah dipuji para juri. Namun begitu, Faizal terpaksa akur kepada populariti Suki Low selaku juara.
Selepas One in a Million
Faizal mengeluarkan single kedua beliau, Kasih Tercipta, sebagai sebahagian runut bunyi filem
Waris Jari Hantu. Beliau juga dinamakan jurucakap Malaysia tunggal untuk jenama pakaian DC Superheroes, kerana beliau dikenali kerana memakai kemeja T yang berlogo Superman sepanjang One in a Million. Beliau turut terlibat dalam rancangan realiti lain dengan mengacara Gangstarz dan merakam lagu Gemuruh sebagai lagu tema My Starz LG.
Aku.Muzik.Kamu
Rencana utama:
Aku.Muzik.Kamu
Album sulung Faizal, Aku.Muzik.Kamu, keluar di pasaran sejak 22 November 2007, dengan menampilkan 13 runut lagu gubahan sendiri beliau bersama-sama Audi Mok, Kuncidemak, Omar K, Aubrey Suwito, Tessh RS, dan Ahmad Izham Omar, termasuk versi orkestra Mahakarya Cinta, dan single asli pertama dari album ini, Batu & Golek (iaitu terjemahan harfiah sepenuhnya bagi ungkapan "Rock n' Roll").
Selepas empat bulan di pasaran, Aku.Muzik.Kamu dilaporkan mencecah jualan 10,000 ribu unit.
[1]
Kehidupan peribadi
Faizal kini sudah beristerikan Raihanim Noran yang dikenali beliau di UiTM, dan rumahtangga mereka di Selangor diisi anak lelaki Mikaeel Zidane dan anak perempuan Siti Nur Raudhah.
Faizal mendirikan sebuah studio bernama Home Suite Studio di Ukay Perdana, Ampang, di mana beliau menyumbang karya kepada artis-artis lain seperti Firdaus,
Dayang Nurfaizah, Mirwana dan Rast.
Pada awal pagi
14 Mei 2008, Faizal hampir lemas ketika menjalani penggambaran video muzik Sampai Syurga di sebuah pusat akuatik Shah Alam. Namun begitu, penggambaran dalam air itu berjaya disiapkan dengan selamat.[2][3]
Kontroversi
Pada
13 Januari 2008, Faizal mengundang rasa tersinggung ramai pihak apabila menanggalkan baju dan tali pinggang beliau di atas pentas pada konsert ulang tahun keempat 8TV yang disiarkan secara langsung. Oleh itu, pihak 8TV mengambil tindakan tegas dengan memberi amaran keras kepada beliau dan mengehendaki beliau terlibat dalam kerja-kerja amal selama enam bulan. Di samping itu, dua hari selepas peristiwa itu, 8TV mengadakan sidang akhbar untuk Faizal memohon maaf kepada semua pihak yang berasa tersinggung oleh perbuatannya. Menurut beliau:

Saya cukup teruja ketika membuat persembahan di pentas sekali gus ingin meraih perhatian penonton. Saya buat perkara itu hanya untuk berseronok dan tidak sangka tindakan saya disalah tafsir oleh semua. Bagaimanapun saya sangat menyesal atas perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya.
[4]

Akibatnya, pada 19 Januari 2008,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkata Faizal dilarang muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008, dan juga menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di 8TV selama tempoh yang sama.[5]
Tidak lama selepas tempoh hukuman itu berakhir, Mufti Perlis, Dato' Dr. Asri Zainul Abidin mengeluarkan bantahan terhadap pihak TV3 untuk membawa Faizal ke Konsert Jom Heboh yang diadakan di negeri tersebut pada hujung minggu pertama bulan Mei.[6]
Anugerah dan pencapaian
Anugerah Planet Muzik 2008
Artis Lelaki Baru Terbaik
Artis Lelaki Paling Popular
Anugerah Industri Muzik 15
Persembahan Vokal Terbaik dalam Album (Lelaki)
Artis Baru Terbaik
Album Rock Terbaik
Album Terbaik
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Ahmad_Faizal_Mohd_Tahir"

Faizal Tahir - Gemuruh (Lagu Tema MyStarz LG)
Bila bertalu rentak di kalbuHasrat yang tersirat semakin ku buruBila bergema laungan gempitaHarapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membaraDari puncak ingin ke angkasaBerkalungkan bintang berkelipanMenyerlah jauh dari yang biasa
Bila bertalu rentak di kalbuHasrat yang tersirat semakin ku buruBila bergema laungan gempitaHarapan bernyala nadiku berganda
Gemuruh jiwa semangat membaraDari puncak ingin ke angkasaBerkalungkan bintang berkelipanMenyerlah jauh dari yang biasa
Ungkapan ini bukan sekadar bermimpiSegalanya pastikan terbukti nanti
Ulang :Gemuruh jiwa semangat membaraDari puncak ingin ke angkasaBerkalungkan bintang berkelipanMenyerlah jauh dari yang biasa







NOORKHIRIAH






(2761 Hits)



Full Name :
Noorkhiriah Binti Ahmad Shapie

Place of birth :
Raub, Pahang

Race :
Malay

Language :
English, Malay







Career :
Actor

Skill :
Acting






PROFILE
NEWS
GALLERY
FANS
CONTACT

PROFILE
Cast
2009
:
Papadom - (Main Actor)
2008
:
Los dan Faun - (Supporting Actor)
2008
:
Susuk - (Main Actor)
2007
:
Syaitan - (Supporting Actor)
2006
:
Raindogs - (Supporting Actor)
2006
:
Gubra - (Supporting Actor)


Award (Nominated)
2006
:
19th Malaysian Film Festival - Best Supporting Actress

5. husna

17. najwa




















No comments:

Post a Comment