Sunday, January 18, 2009

HMT 329: langkah membina konkordans

HMT 329, 15 JAN 09: Langkah-langkah membina konkordans.

1) Bina satu fail baru di desktop anda. Buka fail tersebut.

2) Klik kanan, bina satu “text document”. Namakan semula fail tersebut. Contohnya: UMrencana1_15jan09.txt


3) Buka “utusan online”, dan cari rencana. “copy” tajuk rencana tersebut. Hanya tajuk sahaja, gambar tidak perlu.

4) Buka “text document” (UMrencana1_15jan09.txt), akan keluar “new text document-notepad”, dan “paste” tajuk rencana yang telah di “copy” dari Utusan online. Simpan atau “save” dokumen tersebut.


5) “Highlight” apa-apa tulisan yang terdapat di bawah gambar dalam rencana tersebut. “Copy” tulisan tersebut, dan “paste” dalam “notepad”. “Save” data tersebut dan “close”.

6) Buka “new Microsoft word”. Namakan semula fail tersebut. Contoh: UMrencana1_15jan09.doc. Buka fail tersebut.


7) Buka rencana di Utusan online, “copy all”, (termasuk gambar yang ada), “paste” dalam “word” (UMrencana1_15jan09.doc), dan “save”. Tutup fail tersebut.
8) “Copy” fail “word” tersebut, dalam folder yang sama. Namakan semula fail tersebut. Contoh: UMrencana1_15jan09_cuci. Buka fail tersebut.

9) “Highlight” tulisan di bawah gambar, “cut”, dan “paste” di akhir petikan rencana. “Save” data tersebut.


10) “Highlight” gambar, klik “table”, dan “delete table”. “Save” data tersebut.

11) Buka “new Microsoft word”, namakan semula sebagai “tajuk artikel”, dan bina jadual dengan 3 kolum. “Copy” tajuk rencana dan nama pengarangnya di Utusan online. “Paste” dalam kolum pertama. “Copy” alamat laman web Utusan online, dan “paste” dalam kolum kedua. Pada kolum ketiga, masukkan tarikh, dan semua tajuk fail yang dibina. “Save”, dan “close”.

12) “Minimize” semua folder. Pastikan komputer berada pada desktop. Klik pada “textstat”. Klik pada korpus, dan “new corpus”. Cari folder anda di desktop. Klik pada fail “UMrencana1_15jan09.txt”. Klik, dan masukkan ke “file name”. Buang “txt” pada nama fail, biarkan nama fail itu sebagai “UMrencana1_15jan09”. Klik “ok”.

13) Klik “corpus”, dan “add local file”. Cari folder anda, dan “open” “UMrencana1_15jan09.txt”. “Maximize” jika ingin memastikan bahawa anda telah memilih fail yang betul.

14) Klik pada “wordforms”, kemudian klik pada “frequency list”.

15) Klik pada “export”, klik pada “frequency list” dan klik “excel”. Kemudian, akan keluar data dalam bentuk “excel”. “Save as” fail tersebut dalam folder anda. Namakannya sebagai “UMrencana1_15jan09_frequency_asal.xls”.

16) Klik “concordans”, dan lihat “option”, tandakan
(/) pada bahagian tersebut: (/) search whole words only.
(/) search case insensitive.

17) “Export” “concordans list”, klik pada Microsoft word”, iaitu “UMrencana1_15jan09_concord.asal.doc”.

18) Untuk menghasilkan korpus yang besar, klik “corpus”, “add local file”, dan masukkan data, (fail-fail) yang banyak.



5. Husna Hasan
17. Nur Najwa Hanim A.Rani

No comments:

Post a Comment