Sunday, January 11, 2009

kuliah HMT 329

Kuliah HMT 329 9/01/09
Objektif kuliah HMT 329 pada hari ini adalah melihat analisis konstrastif selain daripada aspek sintaksis. Analisis ini dapat dilakukan dengan membandingkan unsur x dan unsur y, yang kedua-duanya bersifat infiniti. Perbandingan kedua-dua aspek ini boleh dibuat dengan menganalisis persamaan dan perbezaan antara kedua-dua unsur tersebut.

Dr Radiah telah mengemukakan dua unsur untuk dianalisis, iaitu, Israel dan Palestin. Beberapa orang pelajar HMT 329 telah memberi pandangan masing-masing tentang kedua-dua buah Negara ini. Terdapat dua kumpulan pelajar yang memberikan pandangan, iaitu kumpulan yang memberikan pandangan tentang Negara Palestin dan juga kumpulan yang memberikan pandangan tentang Negara Israel. Selepas beberapa pandangan diberikan, Dr.Radiah mengarahkan beberapa orang pelajar untuk membuat perbandingan antara pandangan yang diberikan oleh kumpulan pertama dan kumpulan kedua.

Analisis konstrastif dibuat dengan membandingkan persamaan dan perbezaan antara pandangan yang diberikan mengenai Negara Israel dan juga Negara Palestin. Terdapat beberapa pandangan yang mempunyai unsur konstrastif, dan terdapat juga pandangan yang tidak mempunyai unsur konstrastif kerana pandangan tersebut tidak menunjukkan unsur perbandingan. Untuk menentukan sejauh mana kesahihan pandangan yang diberikan, Dr.Radiah telah mengarahkan pelajar HMT 329 untuk membuat rujukan di wikipedia, Berita Harian online, Utusan Malaysia online, dan sebagainya.

Kuliah HMT 329, 8/01/09
Penentuan aturan, urutan, susunan kata, atau konstituen <> word order
Terdapat 3 faktor penentuan aturan kata, iaitu
i) Keseringan <> Frecuency
ii) Ketertandaan <> Markedness
iii) Keneutralan Konteks Secara Pragmatik


i) Keseringan <> Frecuency
Hari ini doktor mengajar cara mengedit blog. Kemudian, doktor mengarahkan supaya pelajar HMT 329 melihat data Gaza untuk mengenalpasti keseringan pola kewujudan SKO, SOK, OKS…. Pelajar perlu menyusun bilangan SKO, SK….selain itu, bentuk pengecualian SKO juga perlu dimasukkan kemudian, peratus SKO, SK…perlu ditunjukkan dan dibuktikan untuk melihat keseringan.
ii) Ketertandaan <> Markedness
Bentuk yang bertanda ialah bentuk yang jarang digunakan
contoh: lion merujuk semua singa tetapi lioness hanya merujuk mak singa jadi, lioness ialah bentuk yang bertanda. Manakala bentuk yang tidak bertanda ialah bentuk yang sering digunakan contohnya lion.
iii) Keneutralan Konteks Secara Pragmatik
Contoh frasa “pada masa yang sama..” dari data Gaza ialah keterangan waktu yang sepatutnya diletakkan dibelakang. Namun dalam ayat tersebut frasa ini berada di depan mengapa? Hal ini menunjukkan bahawa frasa “pada masa yang sama..” ialah “Keneutralan Konteks” tetapi perlu ada konteks. Dalam menentukan aturan kata, frasa “tak patut..tak patut…kalau yer pun rasa geram…” tidak boleh digunakan kerana tiada konteks dan kita tidak tahu apa yang tak patut?.
Seterusnya katafora ialah subjek yang dirujuk kehadapan. Contohnya: “selepas melancarkan serangan…tentera yahudi…” tentera yahudi ialah pascasiden dan PRO dalam ayat ini ialah selepas frasa “selepas” dan PRO disini ialah katafora. Contoh anafora ialah “pelajar HMT 329 sedang mendengar jeritan Dr. Radiah. Mereka semua terkejut.” Mereka = anafora dan pelajar HMT 329 = antisiden.

No comments:

Post a Comment